Sejarah Penubuhan Pusat Sumber Sekolah SAMT Batu 38
Pusat Sumber Sekolah (PSS) ini ditubuhkan pada tahun 1962 selaras dengan perasmian pembukaan Maahad Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada waktu itu, bangunan Blok L (blok kayu) merupakan lokasi awal PSS.
Sekitar tahun 1980an, PSS kemudiannya dipindahkan ke Blok H di mana pada ketika itu, beberapa blok baru dibina semasa pembinaan menaiktaraf bangunan maahad yang ditukarkan nama kepada SAMT Sultan Slaahuddin Abdul Aziz Shah bersempena dengan nama Sultan Selangor yang telah mencemar duli merasmikan sekolah ini. Beroperasi dengan keluasan sebuah kelas, PSS pada waktu itu hanya memiliki sejumlah kecil buku dan mempunyai satu bilik bahan bantu mengajar.
Menjelang tahun 2006, PSS kemudiannya berpindah ke blok baru iaitu Blok E (Blok Utama) di mana keluasannya lebih besar berbanding lokasi sebelumnya. Ia terletak di aras 1 sayap kiri bangunan Blok E. Hingga kini, PSS terus beroperasi dan mempunyai beberapa bilik utama iaitu sebuah Bilik Perpustakaan, 2 Bilik Alat Pandang Dengar ( APD As-Syafie, APD Al-Biruni), sebuah Bilik Komputer, 2 Bilik Bahan Bantu Mengajar, 5 buah makmal Sains dan sebuah makmal Matematik.