LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT SUMBER CEMERLANG, PSS SMK SG. BESAR
Pada 23 Mei 2012 yang lalu, iaitu hari Rabu, Unit Media SAMT SSAAS Batu 38 telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Pusat Sumber Cemerlang, PSS SMK Sg. Besar. Rombongan ini terdiri daripada 10 orang guru dan 2 orang pelajar. Penganjuran lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan inspirasi kepada para guru di bawah Unit Media serta pengawas-pengawas Pusat Sumber Sekolah dalam menambahbaik pusat sumber sekolah yang sedia ada ke arah yang lebih baik terutamanya di dalam bidang pentadbiran dan pengurusannya. Selain itu, melalui lawatan ini, pihak unit media SAMT SSAAS dapat membian hubungan sosial yang baik dengan sekolah lain serta dapat menjadikan Pusat Sumber Sekolah SMK Sg. Besar sebagai rujukan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pusat sumber sekolah ini.
Program dimulakan dengan sessi taklimat ringkas oleh Guru Media PSS SMK Sg. Besar iaitu Pn Hajah Mahayani dan diikuti dengan tayangan multimedia mengenai PSS Smk Sg. Besar. Kemudian, para guru dihidangkan dengan jamuan ringan dan akhirnya ke Pusat Sumber Sekolah SMK Sg. Besar untuk lawatan fizikal. Melihat akan kecantikan dan kekemasan yang ada di PSS sekolah tersebut, tidak hairanlah ia mampu menjadi Johan di peringkat kebangsaan. Mempunyai keluasan bilik PSS hampir sepanjang blok serta bilik-bilik khas dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih menjadikan PSS ini PSS yang hebat bukan hanya dari segi kemudahannya malah dari segi perkhdimatannya. Dibuka setiap hari dari Isnin hingga Sabtu kecuali hari Ahad, menyebabkan pusat sumber ini sering menjadi tumpuan warga SMK Sg. Besar. Ia turut sering dilawati oleh sekolah-sekolah lain untuk memberi inspirasi kepada mereka dalam membangunkan PSS di sekolah masing-masing.
Diharapkan dengan adanya alwatan ini, masing-masing tidak pulang dengan minda kosong. Setiap guru diharap dapat menembaik mutu pengurusan dan perkhidmatan PSS serta bilik-bilik lain dibawah Unit Media.

PROJEK KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Bagi menarik minat para pelajar untuk ke Pusat Sumber, pihak Unit Media dengan kerjasama badan pengawas Pusat Sumber Sekolah serta beberapa orang pelajar sukarelawan SAMT SSAAS telah bertungkus-lumus menceriakan Pusat Sumber Sekolah SAMT SSAAS Batu 38.
Selain menyusun semula buku-buku di Pusat Sumber, bangunan Pusat Sumber turut dicat semula dengan warna-warna ceria. Blok-blok tulisan juga diwarnakan bagi mencantikkan lagi bangunan tersebut. Beberapa mural diwarnakan di kedua-dua belah dinding Pusat Sumber bagi memberi inspirasi dan ilham buat para pelajar untuk datang berkunjung ke pusat sumber ini.
Aktiviti-aktiviti ini adalah baik. Di samping dapat menceriakan Pusat Sumber Sekolah, para pelajar turut menyumbang sesuatu kepada sekolah dengan penghasilan mural-mural yang indah serta membina hubungan baik antara warga sekolah dan warga Pusat Sumber. Masing- masing dapat menyumbangakn ilham dan tenaga dalam menjadikan pusat sumber sebagai destinasi bagi aktiviti membaca.